Monday, 25 June 2012

Lokasi

  • Terletak di Lembah Sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning.
  • Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (1563 km) dan terletak di bahagian utara negara China.
    
Sungai Hwang Ho





Peta lokasi tamadun Hwang Ho


Kerangka Masa

  • Kemunculan tamadun dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400000 S.M. (membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik).
  • Zaman Neolitik wujud sekitar tahun 5000 S.M. (muncul aktiviti pertanian dan penternakan).
  • Dinasti beraja pertama: Dinasti Hsja (2205-1766 S.M.). Namun, belum ada bukti sejarah mengesahkan kewujudan D.Han.
  • Dinasti Shang (1766-1050 S.M.) dibuktikan wujud melalui jumpaan arkeologi.
  • Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang, muncul kebaktian hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang. Ini memberi peluang kepada suku Chou (mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat) menyingkir dan menggantikan pemerintahan. Maka, Dinasti Chou diwujudkan (1050-256 S.M.).
         

Peking Men


Proses Pembentukan

  • Keadaan subur kawasan sekitar Hwang Ho menarik penduduk nomad untuk menetap dan membina petempatan awal di sana.
  • Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk awal.
  • Beberapa bandar dilahirkan di Lembah Hwang Ho. Antaranya, Anyang (pusat kerajaan Dinasti Shang).
  • Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan, khususnya dalan usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
    Model tapak Banpo

             
    Tembikar Banpo

        
        
    Anyang