Sistem politik tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno seperti:
i) sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching (hanya gelaran raja ditukar kepada maharaja),
ii) konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja), dan
iii) amalan putaran dinasti
diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.
Ekonomi
- Sejak Dinasti Shang lagi, pembangunan pertanian diberi perhatian oleh pemimpin China. Terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir.
- Sistem pengairan ini diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
- Kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
- Petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
- Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.
Sistem Tulisan
- Sistem tulisan China (ideogram) berkembang secara evolusi serta digunakan secara meluas dalam bidang penulisan dan peretakan.
- Tulisan ini jugadiajar di sekolah-sekolah di China.
- Tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
Korea |
Jepun |
Kepercayaan
- Unsur pemujaan roh nenek moyang telah dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan hingga hari ini. Namun, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barangan perhiasan.
- Konsep Yin (kuasa pasif) dan Yang (kuasa aktif) serta Feng Hsui masih terdapat dalam masyarakat China sehinggan hari ini.
Feng Hsui: Falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alsm semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar (terutama hubungan harmoni dengan alam sekitar).
Yin dan Yang |
Feng Hsui |
Falsafah Taoisme |
Sistem Kalender
- Semasa pemerintahan Shang, sistem kalender telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.
- Kalender digunakan oleh raja untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
- Amalan sistem kalender turut digunakan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, pemburuan dan pengebumian.
Falsafah Perang SunTzu
- Karya Sun Tzu, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa pada hari ini.
- Falsafah tersebut juga diaplikasi sebagai taktit dalam urusan perniagaan pada hari ini.
Karya Sun Tzu, the Art of War |