Keadaan subur kawasan sekitar Hwang Ho menarik penduduk nomad untuk menetap dan membina petempatan awal di sana.
Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk awal.
Beberapa bandar dilahirkan di Lembah Hwang Ho. Antaranya, Anyang (pusat kerajaan Dinasti Shang).
Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan, khususnya dalan usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
|
Model tapak Banpo |