Negara Kota
- Anyang (terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan).
- Di bandar ini terdapat istana, kuil, pusat pentadbiran, tempat kediaman raja (ketua pemerintah) goloongan pembesar dan golongan agama.
- Bandar ini dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh musuh.
- Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
Anyang |
Organisasi Sosial
- Raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja.
- Golongan petani (membentuk sebahagian besar penduduk dan mendiami kawasan di luar bandar).
- Golongan artisan wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang, iaitu penguasaan mereka dalam teknologi gangsa. Gangsa digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda (tentera) serta peralatan untuk keagamaan.
- Golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa. Golongan ini dapat menundukkan golongan bawahan melalui keistimewaan ini.
- Golongan paling bawah ialah hamba.
Pengkhususan Pekerjaan
Sistem Pemerintahan
- Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing. Terdapat 2 kumpulan tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki.
- Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan teratas.
- Golongan artisan mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barangan tembikar.
- Golongan hamba berfungsi sebagai tentera pasukan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja pemburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.
Sistem Pemerintahan
- Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
- Raja mempunyai kewibaan politik, ekonomi, sosial dan agama.
- Kuasa raja dipercayai merupakan mandat daripada tuhan dan tidak memerlukan pengesahan politik kerana raja adalah daripada keturunan pemerintah agama. Jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan direstui tuhan. Jika sebaliknya berlaku, maka mandat akan hilang.
- Raja dibantu oleh golongan bangsawan an pegawai kerajaan dalam urusan pentadbiran.
- Golongan bangsawan membantu dalam pentadbiran wilayah di luar pusat pentadbiran (berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang).
- Sistem yang sama diasimilasikan oleh Dinasti Chou setelah mengambil alih pemerintahan Shang.
- Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah meraka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini. Pembesar-pembesar wilayah diikat oleh ikrar taat setia dan memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang kepada pemerintah Chou. Pembesar diminta melindungai raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang. Mereka juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.
Agama dan Kepercayaan
- Animisme dan politeisme.
- Masyarakat Shang menyembah roh nenek moyang.
- Mereka juga menyembah tuhan syurga (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu) serta penyembahan sungai, bukit dan gunung.
- Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban. Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh.
- Tulang binatang (tulang oracle) dan kulit kura-kura dijumpai di Anyang. Tulang oracle digunakn untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh (menilik) akan meletakkan tulang ini di atas unggaun api sehingga timbul rekahan dan rekaha ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
Kulit kura-kura dan tulang oracle |
Sistem Tulisan
- Amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China. Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan.
- Tulisan China berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol.
- Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
Ideogram |